Ramadan Buffet Early Bird

RM98.00

Sempena kehadiran bulan Ramadan yang akan kunjung tiba tidak lama lagi, Bufet Ramadan SACC 2024 kembali menawarkan PROMOSI ISTIMEWA dengan tema Selera Orang Kita. Dapatkan harga promosi pembelian awal bermula RM98+ (Dewasa)

Out of stock

Description

Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kembali dengan tradisi Bufet Ramadan yang bertemakan Selera Orang Kita bermula dari 14 Mac sehingga 7 April ini. SACC menawarkan kepelbagaian makanan yang berkonsepkan muhibbah sinonim dengan masyarakat majmuk Malaysia yang hidup bersama dengan percampuran budaya dan pelbagai kaum etnik sejak beberapa generasi yang lalu. Mengambil inspirasi daripada percampuran budaya dan situasi masyarakat majmuk ini, SACC memilih Selera Orang Kita dengan slogan Bufet 25 Malam sebagai tema menu bufet Ramadan kali ini.

Award Winning Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama chef-chef hebat SACC yang lain menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih 100 sajian menarik khas buat pengunjung SACC. Menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung iaitu Kambing Kebuli, Ayam Bakar Bawang Putih, Kambing Kari Madras, Ikan Stim Cantonese, Udang Masak Lemak Cekur, Sotong Goreng Kam Heong, Daging Bakar Masak Lemak, Ikan Asam Pedas serta menu istimewa tahun ini yang semestinya menjadi tarikan pengunjung iaitu Nasi Ambeng SACC. SACC juga turut menyediakan pelbagai gerai makanan untuk pengunjung nikmati antaranya Apam Balik SACC, Air Kathira Power, Mee Kari Nonya, Loh Shi Fun, Teppayanki & Kakiage Tempura, Aneka Goreng-Gorengan, Sup Periuk, Rojak Pasembor dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan penjimatan melalui promosi istimewa yang akan berlangsung di laman sesawang SACC https://www.saccramadan.com/ iaitu Promosi Pembelian Awal RM98+ untuk dewasa dan RM68+ untuk kanak-kanak yang berusia (7 sehingga 12 tahun) manakala di bawah 7 tahun adalah PERCUMA.

Click untuk Senarai Penuh Menu 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi SACC di talian 03-5511 8858 / 013-250 2858

Untuk mendapatkan info lanjut dan maklumat terkini, sila layari dan ikuti media sosial SACC.
Facebook : SACCOfficialnew
Instagram : shahalamconventioncentre
Tiktok : shahalamconventioncentre

Terms and conditions Buffet Ramadan SACC 2024.
1. Once purchase considered sold and any request of vouchers refund, return and cancellation will not be entertained.
2. For reservation of a booking date or any Reschedule date, the request must be made at least 3 days prior to the actual date.
Ramadan Buffet Selera Orang Kita 2024 starts from :
14 March – 7 April 2024. (Early Bird Promo).
3. Please contact us for any inquiries regarding of Ramadan Buffet voucher and reservation